Ulasan kritis My Story: Justice in the Wilderness

My Story: Justice in the Wilderness menerima ulasan positif daripada pengkritik buku. Menulis untuk Astro Awani, Dr. Azlinariah Abdullah dalam ulasan retrospektifnya mengenai buku ini berpendapat bahawa ia menjadi perakam sejarah dan peradaban negara, dan berkata: "Melalui jenis penulisan bersifat memoir - yang ada dalam My Story: Justice in the Wilderness - kita dihidangkan dengan hal menarik yang dilalui individu tertentu. Pengalaman individu tersebut dimanfaat dan dikongsi bersama untuk menambahkan ilmu kita. Persoalan sama ada memoir itu baik, buruk, benar atau sebaliknya adalah sesuatu persoalan yang relatif, kerana pada akhirnya, pembaca akan memberi tafsirannya".[17] R. Nadeswaran dari Malaysiakini pula menyifatkan buku ini "memberikan gambaran yang mengganggu mengenai peristiwa itu dan apa yang menyebabkan Thomas didapati bersalah menghina mahkamah" sambil menambah "walaupun beberapa usaha dilakukan untuk mengenal pasti dan menganiaya pelaku pada masa lalu, tiada yang menyakitkan seperti yang dilakukan Thomas dalam bukunya".[18]

Menulis untuk ruangannya di The Malaysian Insider, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Justice in the Wilderness ialah "sisi gelap" memoir Tommy yang tidak bersifat peribadi sambil menjelaskan "buku yang sarat dengan stereotaip, dan kita harus menelaahnya dengan prinsip skeptisisme yang tinggi" dan menambah: "Kita juga tidak boleh mengesampingkan fakta bahawa buku [ini] adalah kisahnya, dan meski kita akan terus berdebat dan membantah kandungan buku tersebut, tetapi ia adalah haknya untuk menceritakan seperti mana yang dia mahukan".[19] Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Yeo Yang Poh dalam ruangannya di The Edge Markets beranggapan bahawa buku ini ialah sejenis "bawang ungu" yang "kulitnya boleh dikupas oleh pembaca" dan berpendapat: "Autobiografi Thomas tidak berkhutbah. Namun, dari penceritaannya mengenai pelaksanaan tugas-tugas penting yang diamanahkan kepadanya, benang umum berjalan melalui usaha gigih yang terlibat dalam mencapai apa yang dia dapati, setelah pertimbangan yang teliti, menjadi perkara yang tepat untuk dilakukan; mengabaikan faktor-faktor yang tidak relevan dan kepentingannya sendiri, atau sebarang batu bata yang diramalkan akan datang".[20]

Rujukan

WikiPedia: My Story: Justice in the Wilderness https://www.astroawani.com/berita-malaysia/memoir-... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sifat-m... https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1929229 https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=192... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.goodreads.com/book/show/56895311-my-st... https://malaysiagazette.com/2021/02/05/haramkan-bu... https://www.malaysiakini.com/columns/561305 https://maruahmelayu.com/pandangan-tommy-thomas-da... https://www.theedgemarkets.com/article/diverse-tak...